Pada 1 November 2007 yang lalu Pembangunan Leasing Corporation Sdn Bhd (PLC) telah mengadakan Majlis sambutan ulang tahun yang ke 30 penubuhannya yang di perkarangan Wisma PLC. Majlis tersebut diadakan dengan tujuan untuk menyambut Jubli Mutiara disamping untuk turut merasmikan Papan Tanda yang baru berikutan penyeragaman logo korporat Kumpulan Bank Pembangunan. Majlis berlangsung didalam suasana serdahana tetapi meriah dengan dihadiri hampir 400 orang jemputan.

PLC merupakan anak syarikat milik penuh Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang telah diperbadankan pada 1 November 1977. 30 Tahun merupakan satu usia yang melambangkan kematangan dan keteguhan untuk terus bersaing di dalam industri pembiayaan yang sentiasa mencabar.

 

PLC ditubuhkan sebagai usaha Bank Pembangunan meneroka ke pasaran pembiayaan kormesil, khususnya melalui kemudahan Pajakan. PLC merupakan syarikat Pajakan kedua ditubuhkan di Malaysia. Pada awal penubuhan, aktiviti perniagaan PLC hanya tertumpu kepada penawaran kemudahan Pajakan sahaja. PLC kemudiannya mengembangkan skop perniagaan dengan menawarkan kemudahan Sewa Beli dan Pemfaktoran. Daripada sebuah syarikat Pajakan, PLC mula mengorak langkah menjadi sebuah syarikat kredit dengan pakej pembiayaan yang lebih menyeluruh.

Laluan PLC untuk ke tahap ini adalah sukar, apatah lagi dengan tahap persaingan yang tinggi di dalam industri pembiayaan. PLC yakin dan percaya, apa yang di capai dan kecapi sehingga kini adalah berkat sokongan padu rakan-rakan niaga yang terdiri dari pada pelanggan, jurubank, panel peguam dan juga syarikat induk, Bank Pembangunan.

Adalah menjadi harapan PLC, untuk memainkan peranan yang lebih besar di dalam industri pembiayaan ini. Jubli Mutiara akan memberi semangat dan keazaman baru kepada seluruh tenaga kerja PLC untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pelanggan, seterusnya menggandakan pulangan kepada syarikat. PLC menghargai keyakinan dan sokongan semua pelanggan serta rakan niaga, dan bertekad melakukan yang terbaik demi kepentingan bersama dan menjadi pemangkin untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi, seterusnya bersama-sama memacu pembangunan negara.

PLC 30 tahun… bersama mengharung cabaran, bersama mengecap kejayaan!

 
 
 
 
 
 

 

 
 
Pada 1 Nov 2007 yang lalu Pembangunan Leasing Corporation Sdn Bhd (PLC) telah mengadakan Majlis sambutan ulang tahun yang ke 30 penubuhannya... Lagi
 
 
 


Copyright © 2007 Pembangunan Leasing Corporation Sdn Bhd. All rights reserved.
Best viewed at 1024 x 768 resolution with IE 5.x. Web Developed & Managed by Locus